About Me

My photo
Alor Star, Kedah, Malaysia
before this i have studied in Sekolah Menengah Dato Syed Omar and i continuos my study at Matriculation Arau. Now I'm studied at UiTm Arau. i hope i can be a good muslimah. that's all.. thank you..

Friday, October 22, 2010

sejarah seorang tokoh agama

Tajuk:sejarah seorang tokoh agama

Disediakan untuk:Ustaz Abd Aziz B Harjin
                 Pensyarah CTU 551

Disediakan Oleh:Siti Naiemah Bt Nor Said
no matrik      :2010658416
Kumpulan       :ASB1AG

Program        :Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia Gunaan(As225)


Tarikh Hantar:22 Oktober 2010

Isi Kandungan:
1)pendahuluan
2)sejarah latar belakang
3)anugerah yang diterima
4)kehidupan di rumah
5)Penutup
6)rujukan







Pendahuluan
Baru-bari ini saya diberikan kerja khusus oleh ustaz. Ustaz saya telah memberi  beberapa tajuk. Saya memilih tajuk seorang tokoh agama dikawasan rumah saya. Pada cuti pertengahan semester bulan lepas, saya telah pergi menemu ramah seorang tokoh agama yang mana merupakan bekas mufti kedah. Nama beliau ialah Dato Syeikh Paduka  Abdul Majid. Rumah beliau berdekatan dengan rumah saya.Beliau juga merupakan Abang Kepada nenek saya.Kerjasama yang diberikan oleh beliau telah membuatkan saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh ustaz dengan cepat. Beliau banyak menceritakan tentang kehidupan masa beliau kecil sehingga besar..Ini  membolehkan saya mengetahui latar belakang dengan lebih mendalam tentang beliau. Selama ini saya hanya mendengar tentang beliau dari nenek saya. Tapi apbabila saya sendiri pergi menemu ramah beliau barulah saya mengetahui mengenainya dengan lebih terperinci
Mencari baja di gunung Daik,
Mencari  berangan di Kuala Pilah,
Apa jua kerja yang baik,
Mulakan dengan bacaan Bismillah.

 
Bismillahirrahmanirrahimalah
Abdul Majid B Md Noor merupakan seorang tokoh ulama  agama di negeri kedah.Beliau di lahirkan pada 12 Febuari 1924.Nama bapa beliau ialah Md Noor B Haji Mahmud.Bapa beliau bekerja sebagai mandur ladang getah manakala ibu beliau bernama Che Jam Binti Abu Bakar berkerja mengambil upah menanam padi. Ibu abdul Majid memang tegas orangnya dalam didikan agama.ibunya amat menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan ajaran agama islam terutamanya solat dan bacaan al-quran.Semua anaknya sejak kecil diasuh untuk mengerjakan segala perintah Allah. Abdul Majid mempunyai enam orang adik-beradik. Beliau merupakan anak kedua dalam keluarga.kakak sulung beliau telah meninggal dunia ketika kecil.empat orang adiknya ialah Ahmad ,Sofiah(nenek saya), Aminah dan Saad. Abdul Majid seorang yang pandai bernasyid dan mengaji al-quran.Tempat tinggal beliau berhampiran dengan rumah ustaz Haji Abdul Aziz iaitu merupakan Ustaz yang mengajar Abdul Majid mengaji.Beliau akan kerumah ustaz tersebut untuk belajar mengaji secara berlagudan tajwidnya sekali.Abdul Majid memiliki suara yang merdu.Suaranya memang menarik dan memikat para pendengar apabila dia membaca al-quran dan bernasyid. Oleh kerana suaranya merdu beliau dipanggil untuk membaca ayat-ayat suci al-quran dimasjid-masjid pada bulan Ramadan.Biasanya mulai 12 atau 13 ramadan dia dijemput memperdengarkan bacaanya di masjid di langgar , anak bukit , sungai baru dan berepa buah masjid lagi. Pada bulan Ramadan jugak Abdul Majid telah menyertai pertandingan tilawah al-quran.Beliau telah mendapat johan dalam pertandingan tersebut.  Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah Alor Merah sehingga darjah 2.Kemudian beliau telah berpindah ke sekolah suka menanti dan seterusnya 8 tahun di Maktab Mahmud. beliau telah Berjaya menamatkan pelajaran dengan keputusan yang paling cemerlang dan merupakan pelajar cemerlang dalam maktab tersebut dan seorang lagi rakan beliau iaitu Md Nor bin Yunus.Selepas tamat darjah lapan , Pengetua Maktab tersebut  telah menawarkan pekerjaan kepada beliau iaitu menjadi  guru. Beliau telah menerima tawaran tersebut. Beliau di panggil sebagai Ustaz Abdul Majid. Setelah setahun Mengajar, ketika berusia 20 tahun lebih iaitu pada 1944 beliau telah menamatkan zaman bujang dengan mengahwini gadis pilihan hatinya iaitu Khadijah binti Hj Ahmad. Gadis tersebut merupakan orang Sekampungnya. Setahun kemudian mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata perempuan yang diberi nama Badariah dan setahun selepas itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama amin dan seterusnya dikurniakan enam lagi cahaya mata yang diberi nama mohamad nor, majdah, nafisah, nabil , yusri dan amjad. Yusri, anak kelapan beliau telah meninggal dunia sewaktu berumur 23 tahun kerana terjatuh tangga. Pada tahun 1946, guru-guru termasuklah ustaz majid serta orang ramai berhimpun  untuk menentang Malayan union. Beliau terus mengajar di Maktab Al-Maahad Al-Mahmud hinggalah pada tahun 1951. Pada tahun 1951 ketika beliau berumur 27 tahun, Maktab Mahmud telah membuat tawaran untuk mengeluarkan biasiswa kepada guru-guru yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar Mesir.beliau telah Berjaya memperolehi biasiswa tersebut.  Beliau telah menerima biasiswa daripada wakaf Allahyarham Cik Gayah iaitu isteri Haji Saidin Pengarah Tanah Negeri Kedah.Pada  15 Disember 1951, beliau telah berangkat ke mesir dan berada disana selama beberapa tahun.Semasa berada disana  nasib beliau agak malang kerana baru berapa hari mereka menghadiri  kuliah telah berlakunya rusuhan . Rusuhan itu diketuai oleh Ikhwan Muslimin. Oleh sebab, suasana di sana kucar-kacir semua kuliah di university Al Azhar terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Beliau terpaksa belajar sendiri  dan mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan yang berpengalaman. Pada 22 Julai 1952 berlaku pula pemberontakan yang dipimpin oleh Jamal Abdul  Nasir. Pada bulan November 1953, Ustaz Abdul Majid menghadapi peperiksaan akhir tahun kedua. Beliau telah lulus dengan cemerlangnya dalam peperisaan tersebut. Ketika berada di tahun ketiga iaitu pada tahun 9154 beliau telah diserang penyakit batuk kering. Beliau telah dimasukkan kedalam wad selama beberapa hari. Pada akhir tahun 1954 sepatutnya beliau  tidak boleh mengambil peperiksaan kerana beliau tidak menghadiri kuliah selama beberapa bulan tetapi menurut rakannya beliau boleh membuat rayuan untuk menduduki peperisaan tersebut. Ustaz Majid memang merupakan pelajar yang pintar dan berotak geliga. Walau pun berbulan-bulan beliau meninggalkan kuliah , beliau Cuma gagal satu matapelajaran, tetapi dengan berkat usaha gigihnya beliau telas lulus matapelajaran terbabit. Pada tahun 1955, Ustaz Abdul Majid melanjutkan pelajaran di institusi Ainusham. Disitu dia mempelajari ilmu penguruan. Setelah setahun belajar disitu , tamatlah pengajian dengan memperoleh sekeping sijil. Kemudian untuk mempraktikkan ilmu penguruanya , dia hantar mengajar di sebuah sekolah menengah agama selama setahun. Pada tahun 1955, berlaku satu peperangan dinamakan peperangan Suez. Peperangan tersebut adalah antara Negara Mesir dengan tiga serangkai iaitu british , perancis dan Israel. Oleh sebab Ustaz Majid, bertugas dengan baik, mempunyai kelulusan dari Mesir dan Mempunyai berapa kelayakan lain maka pada tahun 1957 beliau bersama rakan karibnya syeikh Mahmud dapat pulang ke tanah air. Pada tahun 1959, ustaz Abdul Majid telah dinaikkan pangkat menjadi mundir di maktab Al-Maahad Mahmud . Beliau dinaikkan pangkat setelah  satu temuduga dengan pihak suruhanjaya perkhidmatan Awam. Beliau berpeluang memegang jawatan tersebut kerana menggantikan Tuan Syeikh Adnan B Haji Hashim, iaitu mudir dimaktab itu yang telah sampai masanya untuk bersara. Pada tahun 1967 hingga tahun 1969, Ustaz Abdul Majid telah dilantik menjadi pendaftar sekolah-sekolah agama kedah.Tugas pendaftar sekolah ialah mendaftar, mengawal sekolah-sekolah agama. Ketika memegang jawatan ini pejabatnya bertempat di Mahkamah Syariah alor setar iaitu berhampiran masjid zahir alor setar. Pada tahun 1970 pula beliau dilantik sebagai  Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri Kedah. Beliau bertanggungjawab untuk menyempurnakan dasar majlis iaitu menasihati Sultan Kedah Darul Aman bersangkut-paut dengan agama islam. Berapa tahun kemudian pejabatnya dipindahkan ke bangunan Wan Md Samad berhampiran balai besar alor setar. Ustaz Abdul Majid memegang jawatan tersebut hinggalah dia bersara iaitu genap usia 55 tahun dan tarikh persaraanya ialah pada 12 febuari 1979. Selepas bersara beliau dipilih sebagai Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah selepas beberapa bulan bersara. Beliau memegang jawatan tersebut dari tahun 1980 hingga 1984. Selepas itu, beliau juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia peringkat negeri Kedah selama 5 tahun. Pada tahun 1980 dilantik sebagai Penasihat Lembaga urusan dan tabung haji. Selepas dia bersara beliau juga dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Maktab Al-Maahad Al-Mahmud selama beberapa tahun. Di Samping itu, beliau juga diberi tugas sebagai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Ekonomi Islam Malaysia selama 3 tahun. Selain itu, Ustaz Abdul Majid juga menjadi Ahli Perunding Islam di Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an. Beliau juga pernah menjadi hakim bagi pertandingan tilawatul al-quran peringkat negeri dan kebangsaan.
Pada tahun 1979 hingga 1986, beliau dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Anta tugasnya termasuklah memilih , mengambil serta menetapkan seseorang jawatan dalam meliputi semua jawatan kerajaan. Pada tahun 1993, setelah beliau bersara selama 14 tahun beliau memegang jawatan sebagai sebagai Ahli Majlis Agama Islam Kedah , Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Kedah serta menjadi Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kedah. Ustaz Abdul Majid juga pernah melawat ke beberapa buah Negara islam termasuklah ke Turki , Maghribi dan lain-lain lagi.Atas jasa yang diberikan oleh abdul Majid , beliau dianugerahkan sebagai pingat setia Mahkota Kedah(S.M.K) , dan berikutnya dikurnia Dato’ Paduka Mahkota Kedah(D.P.M.K) bergelar Dato Setia Jaya. Seterusnya dikurnia juga Dato terhormat Mu’adzam Shah(D.H.M.S), bergelar Dato Paduka. Kurniaan ini merupakan salah satu kurniaan tertinggi yang dianugerahkan oleh Baginda Sultan Negeri Kedah Darul Aman kepada seseorang yang telah banyak berjasa bagi memajukan atau mengembangkan agama islam yang maha suci. Pada tahun 1986, Dato Paduka dianugerahi Tokoh Guru Kedah 1986. Pada tahun 1987, Dato Paduka dianugerahi Tokoh guru Kebangsaan. Sejak menerima gelaran tersebut beliau dipanggil sebagai Dato Paduka Syeikh Abdul Majid Md Noor. Beliau juga telah mendapat tokoh maal hijrah pada tahun 1998.    
                                                                
Beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Kedah 1986, dan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1998.
                                                                                                                                                                                                       Dato Paduka Syeikh Abdul Majid telah menghasilkan beberapa karya yang terulung, antaranya hasil karya beliau ialah, Risalah Sembahyang Terawih dan Sembahyang Musafir, Jamak dan Qasar. Beliau juga menyusun kurikulum Sekolah-Sekolah Rendah di Kedah. Dato' Paduka Syeikh Abdul Majid bukan sahaja dikenali sebagai tokoh dalam bidang agama tetapi juga tokoh pendidik yang disegani serta seorang yang warak dan lemah lembut tetapi tegas dalam soal-soal berkaitan dengan agama. Pada tahun 1993, Dato Paduka Syeikh Abdul Majid bin Md Noor telah berusia 69 tahun. Beliau masih sihat walfiat dan masih dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna.Beliau masih dapat melayan anak cucu dengan penuh kasih sayang.Sehingga sekarang beliau masih tinggal di seberang pantai johor.Jika kerajaan negeri Kedah mengadakan sebarang majlis beliau akan dijemput.pada tahun 2010 beliau masih aktif dan masih menjadi penasihat bagi masjid seberang pantai johor.jika ada seberang aktiviti beliau akan turut hadir untuk menyertai aktiviti tersebut. Baru-baru ini diadakan ceramah forum perdana buat pertama kalinya bg masjid seberang pantai johor atas usaha sama Dato Paduka Syeikh Abdul Majid program ini dapat berjalan dengan lancarnya dan beliau juga menjadi tetamu kehormat dalam majlis tersebut.
Semasa beliau dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah sebagai Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam.

Kehidupan dirumahnya ........
Menurut pendapat anaknya nafisah, ayahnya seorang yang lemah lembut dan sentiasa menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap .Ayahnya akan bercakap apabila berbincang mengenai hal-hal yang penting sahaja. Ayahnya mendidik mereka dengan cara menjadikan dirinya sebagai contoh. Oleh kerana ayahnya bercakap hal penting sahaja, semua teguran ayahnya amat memberi  kesan kepada adik-beradik yang lain.Dato’ Paduka Syeikh Abdul Majid seoarang yang amat suka membaca buku-buku agama. Beliau sentiasa menjadikan buku sebagai teman hidupnya. Walaupun umurnya telah mencecah 86 tahun , Beliau masih gemar membaca buku-buku agama sehingga orang mengelarkan ulat buku. Beliau  juga sangat suka dan ingin mengetahui perkembangan dan isu-isu semasa yang berlaku di Negara dengan meluangkan masa pada setiap petang untuk membaca surat khabar kegemarannya iaitu surat khabar utusan Malaysia. Dengan ini beliau dapat mengikuti isu-isu semasa didalam dan juga luar Negara. Kerajinan beliau membaca terbukti dengan adanya rak buku di sudut ruang tamunya yang mana rak-rak itu dipenuhi dengan buku-buku, kitab-kitab dan juga jurnal-jurnal yang menceritakan perihal islam, malahan kamar biliknya juga dipenuhi dengan rak-rak yang dipenuhi dengan bahan-bahan bacaan yang tersusun dengan kemasnya. Dari gambaran serba ringkas ini kita dapat menggambarkan yang beliau amat menitikberatkan soal ilmu dalam meningkatkan ilmunya untuk menjadi ketua dan pemimpin yang berilmu untuk memastikan beliau dapat membimbing rakan-rakan islamnya dengan cara yang betul. Apa yang paling menghairankan, beliau masih lagi mampu memandu kenderaannya untuk menghadiri aktiviti yang bedekatan dengan rumahnya tanpa menghadapi masalah. Tetapi jika ada urusan penting seperti mesyuarat yang berkenaan dengan Jabatan Agama Islam Kedah yang agak sederhana jauh perjalanan dari rumahnya, beliau akan dijemput oleh pemandu yang dihantar oleh kerajaan Negeri. Ini kerana kata beliau pada usia yang sebegini, beliau akan cepat terasa letihnya jika melalui perjalanan yang agak jauh dengan memandu kenderaan bersendirian.

Pada musim Ramadan beliau juga menggunakan rumahnya sebagai tempat untuk bersolat tarawih secara berjemaah bagi golongan yang berumur yang tinggal di sekitar kawasan rumahnya. Ini kerana golongan ini tidak mampu untuk ke Masjid kerana faktor usia dan tenaga yang tidak begitu mengizinkan bagi menunaikan solat terawih. Selain itu, beliau juga sering mengadakan bacaan kitab dirumah beliau pada setiap hari jumaat. Seramai 20 lebih orang yang aktiviti tersebut. Beliau juga rajin dalam membantu golongan orang yang yang kurang berkemampuan di dalam kampong beliau. Beliau juga rajin dalam  Jika ada sebarang masalah yang berkaitan dengan hukum-hakam agama jabatan agama negeri Kedah akan memjadikan beliau sebagai rujukan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan agama islam. Beliau juga sering dijemput oleh Kerajaan negeri Kedah jika mempunyai majlis-majlis yang besar.

Rumah Dato Paduka Syeikh Abdul Majid
Beliau masih menetap di rumah asal beliau iaitu di Seberang Pantai Johor. Jika dari segi bentuk rumahnya, ia adalah konsep asal rekabentuk Sekolah Maktab Mahmud yang mana ia berbentuk 4 segi dan pada bahagian hadapan tingkat atas rumahnya yang menempatkan ruangan bersolat, ia adalah rekabentuk yang bersamaan dengan bangunan utama Sekolah Maktab Mahmud  . Rekabentuk rumahnya kekal seperti asal.

Semua penduduk di sini sangat menghormati beliau. Tidak timbul perasaan hasad dengki terhadap beliau. Walaupun beliau merupakan seorang bekas mufti kedah, beliau masih dihormati penduduk kampung.

Kesimpulan
Saya harap penduduk kampung seperti anak-anak remaja sekarang dapat mencontohi beliau agar dapat melahirkan lebih ramai generasi yang berkebolehan seperti beliau. Jadikan lah beliau sebagai ikon kepada anak-anak muda pada zaman yang serba kemodenan ini. Orang yang berilmu akan menjadi orang yang disanjungi dan dihormati.

Rujukan
 Dato Syeikh Paduka Abdul Majid